6744 0258

eventBanner

03 Nov 2017

Nikmat Kesihatan: Bahagian 2 - Berpantang Sebelum Terlentang

Ramai warga emas akan mengalami atau mengenali seseorang yang menghidapi penyakit yang biasa dikaitkan dengan usia lanjut. Bengkel ini akan memberi gambaran keseluruhan mengenai penyakit-penyakit yang menjejas fungsi harian dan bagaimana untuk mencegah, mengawal serta menguruskan penyakit-penyakit tersebut.

Adalah penting bagi peserta untuk memahami kesan penyakit kepada kehidupan harian agar perubahan dan kemerosotan kesihatan tidak mengejutkan.

Peserta akan membincangkan bagaimana pemikiran, keadaan fizikal, sokongan sosial dan sumber bantuan boleh mempengaruhi kehidupan individu yang menghadapi penyakit. Anda juga akan meneroka isu seper- ti penafian, kemarahan, cabaran yang dihadapi oleh penjaga pesakit, dan bantuan yang tersedia ada bagi mereka yang memerlukan.

DATE/TIME

03 Nov 2017,
9.30am - 12.30pm

LOCATION

PPIS WIS@Changi 116 Changi Road, #03-02 Singapore 419718

Topik-topik yang dibincangkan adalah

  • Gambaran mengenai penyakit yang berkaitan dengan warga emas
  • Gambaran mengenai perubahan kognitif, emosi dan fizikal
  • Memahami bagaimana untuk menghadapi perubahan dan bila masanya untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan
  • Tips untuk menjaga kesihatan dan mengekalkan kesihatan yang baik

Tarikh : Jumaat, 3 Nov 2017
Waktu : 9.30 pagi – 12.30 tengahari
Tempat : PPIS WIS@Changi, 116 Changi Road, #03-02 Singapore 419718
Bayaran : $13.50 (Warga Singapura & Penduduk tetap berumur 50 tahun keatas)

Tempat terhad. Daftar online di http://bit.ly/2qV1IIC
Telefon atau SMS 6745 0613.