PPIS rintis rumah peralihan bagi pesalah wanita jalani pemulihan

PPIS rintis rumah peralihan bagi pesalah wanita jalani pemulihan

This article was originally published by Berita Harian on 07 December, 2021.

Setelah menyediakan khidmat kepada pelbagai segmen masyarakat selama lebih 70 tahun, Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) mengorak langkah memperluaskan khidmatnya untuk membantu bekas penagih wanita pulih dan dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat.

Dengan kerjasama Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS), PPIS akan menubuhkan Rumah Peralihan Rise Above, yang merupakan rumah peralihan sekular pertama bagi pesalah wanita menjalani program pemulihan masyarakat.

Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, mengunjungi tapak rumah peralihan itu semalam yang terletak di 1 St George’s Lane bersama Presiden PPIS, Cik Hazlina Halim.

Ia dijangka membuka pintunya pada separuh kedua 2022 dan boleh menempatkan kira-kira 30 orang pesalah wanita.

Ketika ini, bangunan itu tidak lagi digunakan tetapi sebelum ini pernah menjadi rumah tumpangan, MWS Girls’ Residence.

Laporan lanjut: