Aplikasi dating, kurang stigma dorong wanita kahwin semula

Home > News & Media > Aplikasi dating, kurang stigma dorong wanita kahwin semula

Aplikasi dating, kurang stigma dorong wanita kahwin semula

Last Update on October 18, 2023

This article was originally published by Berita Harian on 15 August, 2022.

AKSES mudah kepada aplikasi ‘dating’ dan stigma berkurangan terhadap perkahwinan semula merupakan antara sebab yang mungkin mendorong wanita berkahwin semula, kata PPIS (PPIS).

Mengulas tentang trend lebih ramai janda berbanding duda yang berkahwin semula tahun lalu, PPIS berkata sebab utama yang mendorong pasangan untuk berkahwin semula termasuk keperluan berteman serta kesediaan untuk mendirikan rumah tangga lagi.

Ini mungkin juga didorong oleh perasaan sunyi, cinta dan tarikan, serta kemahuan untuk menjadi keluarga lebih lengkap dan diterima bagi status mereka, kata Pengurus Pusat PPIS Vista Sakinah, Cik Sarinah Mohamed.

Pusat Vista Sakinah yang terletak di Woodlands Drive 44 itu menawarkan sokongan kepada pasangan berkahwin semula.

Lebih ramai janda yang berkahwin semula berbanding duda tahun lalu, menurut perangkaan terbaru perkahwinan dan perceraian yang dikeluarkan Jabatan Statistik.

Dalam kalangan pengantin wanita Islam tahun lalu, janda membentuk 21 peratus, manakala duda membentuk 18 peratus daripada pengantin lelaki Islam.

Keadaannya berbeza sedekad lalu, apabila perangkaannya agak setara – duda membentuk sekitar 24 peratus pengantin lelaki, berbanding 23 peratus melibatkan janda.

Menjawab pertanyaan BH, PPIS berkata lebih 300 pasangan telah meraih manfaat daripada Program Persiapan Perkahwinan Semula, dinamakan Program Memupuk Kasih, di Vista Sakinah sepanjang tiga tahun lalu.

Sekitar 60 peratus daripada pasangan ini terdiri daripada pasangan yang hanya seorang daripadanya yang berkahwin semula, manakala baki 40 peratus pula merupakan pasangan yang kededuanya berkahwin semula.

Berita Harian melaporkan baru-baru ini terdapat tahap penerimaan yang lebih tinggi dalam kalangan masyarakat serta sokongan lebih kukuh terhadap pasangan yang kahwin semula.

Naib Kadi, Ustaz Nuzhan Abdul Halim, berkata kededua janda dan duda mungkin ada pertimbangan masing-masing sebelum berkahwin semula, termasuk tanggungjawab menjaga anak daripada perkahwinan sebelumnya.

Bagi golongan duda, soal tanggungjawab nafkah untuk anak-anak daripada perkahwinan sebelumnya juga mungkin satu faktor yang dipertimbangkan, katanya.

PPIS pula berkata ada golongan bapa yang berkahwin semula dan masih mahu terlibat dalam kehidupan kanak-kanak daripada perkahwinan sebelumnya.

“Ada juga bapa yang diberi hak penjagaan kanak-kanak dan masih menjaga anak-anak mereka dengan baik.

“Ini mungkin disebabkan terdapat lebih ramai isi rumah Melayu/Islam dwipendapatan (kededua suami isteri bekerja) dan golongan bapa yang lebih terlibat dalam membesarkan anak,” kata Cik Sarinah.

Secara keseluruhannya, perkahwinan semula masih membentuk sebahagian ketara (27 peratus), atau lebih satu dalam empat perkahwinan Islam pada 2021, meskipun ini telah merosot daripada 32.6 peratus pada 2011.

Ditubuhkan pada 2009, Vista Sakinah menawarkan sokongan sebelum dan selepas bernikah kepada pasangan yang berkahwin semula serta keluarga tiri atau keluarga berangkai.

“Pasangan ini digalakkan untuk menghadiri kegiatan pengayaan perkahwinan atau mendapatkan sokongan menerusi kaunseling,” kata Cik Sarinah.

Lebih 90 peratus pasangan yang menghadiri program persiapan perkahwinan semula di Vista Sakinah itu menjadi lebih sedar tentang isu melibatkan keluarga tiri serta tentang sumber masyarakat yang boleh membantu mereka.

Selain menyediakan program persiapan rumah tangga, Vista Sakinah merujuk pasangan berkahwin semula yang mempunyai kanak-kanak kecil kepada program seperti KidSTART untuk membantu dalam pembangunan awal anak-anak mereka.

Pasangan yang memerlukan sokongan juga boleh menyertai Program Memperkukuh Keluarga di Pusat Khidmat Keluarga dan Agensi Sokongan Pakar Perceraian bagi kaunseling keluarga atau program sokongan perceraian.

Menurut laporan Perkahwinan dan Perceraian 2021 lagi, lebih ramai pasangan Islam yang bercerai tahun lalu di tengah-tengah pandemik, purata dalam tempoh lima tahun lalu adalah stabil berbanding lima tahun sebelumnya.

Sebanyak 1,767 perceraian Islam dicatat tahun lalu, naik 11 peratus berbanding 1,598 pada 2020.

Bagaimanapun, purata perceraian dalam tempoh 2017 hingga 2021 ialah 1,676 setiap tahun, naik sedikit berbanding 1,661 setiap tahun dari 2012 hingga 2016.

PPIS berkata kenaikan kes cerai itu disebabkan lebih banyak permohonan perceraian yang difail pada 2021, dan bersambungnya prosiding perceraian menyusuli langkah keselamatan Covid-19 yang dilonggarkan.

“Berdasarkan pemerhatian Vista Sakinah PPIS, tekanan berkaitan pandemik (contohnya tinggal serumah untuk tempoh berlanjutan) kesejahteraan mental, serta isu kewangan dan pekerjaan, selain tekanan perkahwinan sedia ada, mungkin telah menyumbang kepada keputusan pasangan untuk bercerai,” kata Cik Sarinah.



sekolahtoto

depo 5k

sekolahtoto

Fitur dan layanan dari Situs toto togel yang terdaftar di bawah sekolahtoto menawarkan berbagai pilihan permainan yang menarik

TOGEL RESMI menawarkan layanan situs toto deposit 5000 terbaru dengan filing prediksi toto togel online terbaik kemenangan tinggi

sekolahtoto merupakan situs gaming provider lengkap terbaik yang dimainkan secara online.

sekolahtoto sebagai situs togel ruang bermain penuh keseruan bagi pemain yang sedan menikmati permainan togel online.

sekolahtoto merupakan situs pemersatu bangsa yang menyatukan pemain togel online.

sekolahtoto sebagai tempat hiburan toto slot online resmi.

menyediakan pasaran-pasaran toto togel yang dapat dijangkau secara international.

Para bettor online yang bergabung dengan Sekolahtoto mendapatkan keuntungan unik dari situs togel dan slot gacor deposit 5000 terbaik ini.

sekolahtoto merupakan tempat permainan togel online yang resmi di Indonesia.

sekolahtoto yang merupakan situs togel yang memiliki prasmanan togel online terpercaya berisikan pasaran-pasaran populer.

sekolahtoto sebagai link bandar togel yang paling rapi & menyuguhkan berbagai full bonus menggiurkan.

pilihan terbaik situs slot resmi yang menyediakan bet 100 perak di semua permainan slot online.

Pada tahun 2025, bo togel SEKOLAHTOTO menjadi pilihan tepat untuk kamu yang sedang mencari bo togel online terbesar dan terpercaya di Asia.

pilihan terbaik slot deposit 5000 yang menyediakan bet 100 perak di semua permainan slot online.

pilihan terbaik situs deposit 5000 yang menyediakan bet 100 perak di semua permainan slot online.

pilihan terbaik slot depo 5k yang menyediakan bet 100 perak di semua permainan slot online.

SEKOLAHTOTO adalah akses login situs toto terbaik di Indonesia yang mencari pengalaman bermain dengan bonus terbesar paling beda!.

10 situs togel terpercaya adalah daftar situs terbaik di Sekolahtoto yang merupakan penyedia situs togel dan bo togel yang secara resmi di asia.