Belanjawan dijangka dapat kurangi jurang ketidaksamaan sosial

Home > News & Media > Belanjawan dijangka dapat kurangi jurang ketidaksamaan sosial

Belanjawan dijangka dapat kurangi jurang ketidaksamaan sosial

 

 

This article was originally published by Berita Harian on 22 February, 2022.

 

GOLONGAN berpendapatan rendah dan pekerja bergaji rendah meraih manfaat yang besar hasil pengagihan semula pendapatan dari golongan mewah.

Ini dilakukan setelah pemerintah meningkatkan cukai bagi golongan mewah dalam pelbagai bentuk melalui kenaikan kadar cukai pendapatan peribadi, cukai kereta mewah dan cukai hartanah.

Perubahan pengagihan cukai semula kekayaan amat ketara dalam Belanjawan Negara yang dibentangkan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, Jumaat lalu, menurut Naib Presiden Eksekutif merangkap Ketua Kajian Forex Pasaran Global Maybank Group, Encik Saktiandi Supaat.

Beliau, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Bishan-Toa Payoh, merupakan antara tiga panelis dalam sesi perbincangan pasca-Belanjawan anjuran Berita Harian (BH) semalam. Perbincangan itu turut disertai Presiden Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Cik Hazlina Abdul Halim, dan Anggota Parlimen Dilantik itu (NMP) yang juga Naib Presiden Kesatuan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Abdul Samad Abdul Wahab.

Para panelis akur Belanjawan kali ini bertujuan mengurangkan jurang ketidaksamaan sosial, dengan bantuan disediakan bagi memperkasakan golongan berpendapatan rendah.