Kakitangan PPIS pererat ikatan dengan kenali, amati tradisi ‘lo hei’ kaum Cina

Kakitangan PPIS pererat ikatan dengan kenali, amati tradisi ‘lo hei’ kaum Cina

This article was originally published by Berita Harian on 20 January, 2023.

LAMBUNG ayuh lambung!

Begitulah sorakan kakitangan Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) ketika mereka menikmati acara ‘lo hei’ yang dianjurkan buat julung-julung kalinya di enam pusat serta ibu pejabat persatuan tersebut baru-baru ini.

Sebagai sebuah persatuan yang mempunyai kakitangan serta klien bukan Melayu, PPIS prihatin tentang pentingnya bersikap inklusif.

Acara ini diadakan untuk mengamati tradisi kaum Cina yang mengharapkan agar tahun ini akan lebih bertuah dari tahun-tahun sebelumnya, lebih-lebih lagi ketika negara ini dilanda pandemik.

Di samping itu, kakitangan PPIS juga mempelajari erti di sebalik setiap bahan yang disatukan menjadi hidangan yang bernama yusheng.

Contohnya, kacang goreng yang dikisar dan ditaburkan di atas hidangan tersebut melambangkan butiran emas dan perak yang memeriahkan lagi sesebuah keluarga.

Namun, yang lebih penting acara tersebut mengeratkan lagi ikatan di antara kakitangan yang biasanya sibuk dengan tugasan seharian mereka memberi khidmat kepada masyarakat.

Harapan kakitangan PPIS pada 2023 – tahun yang lebih makmur buat semua.