Patutkah ibu bapa tuntut nafkah daripada anak yang didera?

Home > News & Media > Patutkah ibu bapa tuntut nafkah daripada anak yang didera?

Patutkah ibu bapa tuntut nafkah daripada anak yang didera?

This article was originally published by Berita Harian on 19 December, 2022.

PATUTKAH ibu bapa yang telah mendera, mengabaikan atau meninggalkan anak dahulu dibenarkan untuk menuntut nafkah daripada anak itu apabila ibu bapa tersebut sudah lanjut usia?

Peguam dan karyawan khidmat sosial berkata proses memfailkan tuntutan boleh menghidupkan kembali trauma yang dialami anak yang telah didera.

Pemilik firma guaman A. Rohim Noor Lila LLP, Encik Abdul Rohim Sarip, berkata kesan psikologi daripada penderaan adalah serius dan berpanjangan.

“Proses memfailkan tuntutan nafkah dan menemui ibu bapa (yang pernah mendera) boleh mendatangkan kembali trauma. Anak itu harus menjelaskan dan memberi sebab mengapa mereka tidak memberi nafkah.

“Ini akan menyebabkan luka lama untuk berdarah kembali,” ujarnya.

Diluluskan pada 1995, Akta Penyaraan Ibu Bapa (MPA) membolehkan ibu bapa yang sudah tua dan memerlukan, serta tidak berdaya menyara diri, untuk menuntut penyaraan daripada anak yang mampu menyokong mereka tetapi tidak berbuat demikian.

Satu kumpulan kerja yang terdiri daripada Anggota Parlimen kini sedang menyemak akta itu, untuk mencapai keseimbangan antara melindungi anak daripada penyalahgunaan MPA dengan membantu warga emas yang mudah terjejas dengan lebih baik.

Antara pindaan yang disarankan, ibu bapa yang mempunyai rekod mendera, mengabaikan atau meninggalkan anak perlu mendapatkan izin Tribunal Penyaraan Ibu Bapa dahulu sebelum melaksanakan proses pendamaian bersama anak mereka di pejabat Pesuruhjaya Penyaraan Ibu Bapa.

Satu lagi perubahan yang diusulkan akan membolehkan tribunal menolak permohonan remeh atau menyusahkan tanpa memberitahu anak tentang tuntutan ibu bapanya.

Menurut undang-undang, permohonan remeh atau menyusahkan merujuk kepada kes tidak mungkin membawa sebarang huraian berguna atau orang memfailkan kes hanya ingin memalukan atau mengganggu pihak lawan mereka.

Kaunselor Hab Perkahwinan AMP, Cik Nur Amira Jumali, berkata ada juga anak yang mengalami gangguan tekanan selepas trauma (PTSD) akibat penderaan yang dialami semasa mereka kecil, dan ini mempunyai kesan jangka panjang dan antara generasi.

“Mereka juga mungkin berasa seolah-olah ibu atau bapa tersebut masih mempunyai kuasa atas diri mereka walaupun mereka sudah dewasa, dengan cara menggunakan sistem perundangan untuk menuntut nafkah daripada mereka.

“Secara semula jadi, anak-anak yang didera oleh ibu atau bapa mereka pada usia muda lebih cenderung untuk berpisah atau mengasingkan diri daripada ibu atau bapa tersebut demi keselamatan diri mereka, berbanding anak-anak yang dibesarkan dalam persekitaran keluarga yang sihat dan selamat,” kata Cik Nur Amira.

 

IBU BAPA MUNGKIN TIDAK SEDAR KESAN PSIKOLOGI

Menurut laman Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), penderaan anak didefinisikan sebagai tindakan oleh ibu bapa atau penjaga yang membahayakan atau menjejas kesejahteraan fizikal atau emosi anak.

Pelbagai jenis penderaan anak termasuk fizikal, pengabaian, seksual, atau penderaan emosi dan psikologi.

Cik Nur Amira berkata ibu bapa yang mendera anak semasa kecil mungkin tidak sedar tentang kesan psikologi terhadap anak-anak.

“Ibu bapa ini mungkin fikir bahawa penderaan tersebut hanya suatu bentuk disiplin dan anak-anak harus terhutang budi kepada mereka kerana telah melahirkan dan membesarkan mereka.

“Ini mungkin didorong oleh konsep penghormatan terhadap ibu bapa (filial piety) yang agak kukuh dalam nilai kekeluargaan dalam konteks timur.

“Besar kemungkinan, ibu bapa sebegini juga telah mengalami penderaan semasa mereka kecil dan mungkin tidak sedar bahawa cara mereka mendidik dan membesarkan anak-anak mereka boleh dianggap suatu penderaan,” kata Cik Nur Amira.

Pengurus Pusat Kanan, Pusat Perkhidmatan Keluarga (Barat) PPIS, Cik Nooraini Mohd Razak, pula berkata ibu bapa sedemikian yang menuntut nafkah daripada anak mereka mungkin tidak berniat untuk mendatangkan kembali trauma.

“Ini mungkin didorong keperluan untuk hidup kerana mereka tidak mempunyai cara lain untuk menyara diri.

“Bagaimanapun, jika pelaku berasa tidak bersalah atau berasa tindakan mereka terhadap anak itu wajar (walaupun kes itu dikemukakan kepada pihak berkuasa), ia tidak akan menghalang mereka untuk cuba mendapatkan sokongan kewangan daripada anak mereka,” kata Cik Nooraini.

 

USAHA PENDAMAIAN

Sejak Mac 2011, ibu bapa yang membuat permohonan menuntut nafkah daripada anak diwajibkan menjalani proses pendamaian bersama anak mereka di pejabat Pesuruhjaya Penyaraan Ibu Bapa (CMP) untuk membantu mereka menghuraikan isu penyaraan tanpa perlu mengambil tindakan guaman.

CMP ialah wadah bukan guaman.

Jika proses pendamaian di CMP tidak berjaya, ibu bapa boleh menimbangkan untuk memfailkan permohonan di Tribunal Penyaraan Ibu Bapa (TMP) pula untuk menuntut nafkah daripada anak mereka.

TMP ialah badan bebas berfungsi kuasi-kehakiman (quasi-judicial) di bawah Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Keluarga (MSF) untuk mendengar dan memutuskan permohonan di bawah MPA.

Satu daripada empat kes di CMP dan satu daripada tiga kes di TMP melibatkan dakwaan tentang ibu bapa yang pernah mendera, mengabai atau meninggalkan anak mereka.

Mengenai implikasi tindakan memfailkan tuntutan, Encik Rohim berkata:

“Bagi kebanyakan kes ini, hubungan antara ibu bapa dan anak sudah retak. Jadi hubungan itu tidak menjadi lebih teruk lagi (dengan memfailkan tuntutan nafkah).

“Dalam beberapa kes, ia mungkin memutuskan hubungan dan menyebabkan tiada komunikasi langsung. Siapa yang mahu diheret ke mahkamah? Buat malu. Jadi ibu bapa perlu faham dinamik ini.”

Selain melindungi anak yang pernah didera, kumpulan kerja Semakan MPA juga mengusulkan perubahan untuk melindungi warga emas yang mudah terjejas.

Perubahan itu termasuk memberi kuasa kepada Pesuruhjaya Akta Penyaraan Ibu Bapa untuk menghubungi anak yang mengabaikan ibu bapa mereka supaya menghadiri proses pendamaian di pejabat pesuruhjaya.

Ini boleh dilakukan meskipun ibu bapa itu tidak setuju atau tidak memohon perintah penyaraan.



sekolahtoto

depo 5k

sekolahtoto

Fitur dan layanan dari Situs toto togel yang terdaftar di bawah sekolahtoto menawarkan berbagai pilihan permainan yang menarik

TOGEL RESMI menawarkan layanan situs toto deposit 5000 terbaru dengan filing prediksi toto togel online terbaik kemenangan tinggi

sekolahtoto merupakan situs gaming provider lengkap terbaik yang dimainkan secara online.

sekolahtoto sebagai situs togel ruang bermain penuh keseruan bagi pemain yang sedan menikmati permainan togel online.

sekolahtoto merupakan situs pemersatu bangsa yang menyatukan pemain togel online.

sekolahtoto sebagai tempat hiburan toto slot online resmi.

menyediakan pasaran-pasaran toto togel yang dapat dijangkau secara international.

Para bettor online yang bergabung dengan Sekolahtoto mendapatkan keuntungan unik dari situs togel dan slot gacor deposit 5000 terbaik ini.

sekolahtoto merupakan tempat permainan togel online yang resmi di Indonesia.

sekolahtoto yang merupakan situs togel yang memiliki prasmanan togel online terpercaya berisikan pasaran-pasaran populer.

sekolahtoto sebagai link bandar togel yang paling rapi & menyuguhkan berbagai full bonus menggiurkan.

pilihan terbaik situs slot resmi yang menyediakan bet 100 perak di semua permainan slot online.

Pada tahun 2025, bo togel SEKOLAHTOTO menjadi pilihan tepat untuk kamu yang sedang mencari bo togel online terbesar dan terpercaya di Asia.

pilihan terbaik slot deposit 5000 yang menyediakan bet 100 perak di semua permainan slot online.

pilihan terbaik situs deposit 5000 yang menyediakan bet 100 perak di semua permainan slot online.

pilihan terbaik slot depo 5k yang menyediakan bet 100 perak di semua permainan slot online.

SEKOLAHTOTO adalah akses login situs toto terbaik di Indonesia yang mencari pengalaman bermain dengan bonus terbesar paling beda!.

10 situs togel terpercaya adalah daftar situs terbaik di Sekolahtoto yang merupakan penyedia situs togel dan bo togel yang secara resmi di asia.