Panel inisiatif M3 saran peranan bapa dalam keluarga

Panel inisiatif M3 saran peranan bapa dalam keluarga

 

This article was originally published by Berita Harian on 22 February, 2022.

 

PASUKAN bertindak bagi tujuan membangun strategi bagi menggalak penglibatan golongan bapa dalam keluarga, telah ditubuhkan di bawah naungan Bapa Sepanjang Hayat.

Pasukan Bertindak berkaitan Kebapaan Nakhoda itu diterajui Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, dan dianggotai pemimpin dan pakar masyarakat Melayu/Islam. Ia merupakan inisiatif di bawah M Kuasa Tiga (M³).

Mengumumkan pembentukan pasukan itu semalam, Dr Faishal berkata ia diharap dapat mengemukakan huraian terhadap masalah-masalah yang dihadapi golongan bapa zaman sekarang seperti mana dikenal pasti melalui hasil tinjauan dan penyelidikan Institut Kajian Dasar (IPS) dengan kerjasama AMP Singapura (AMP), Pusat Kebapaan (CFF), Khidmat Penjagaan Masyarakat Lutheran (LCCS) dan Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS).

Tambahnya, pemimpin masyarakat serta pakar masyarakat Melayu/Islam yang terlibat dalam pasukan bertindak itu akan berusaha menggalak lebih ramai golongan bapa bersikap proaktif dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

 

Photo Source: Facebook; Assoc Professor Muhammad Faishal Ibrahim