Tanam azam, semai iltizam

Home > News & Media > Tanam azam, semai iltizam

Tanam azam, semai iltizam

Last Update on February 2, 2023

This article was originally published by Berita Harian on 29 January, 2023.

DENGAN sekelip mata, waktu bersilih ganti. Penghujung bulan Januari kian menghampiri dan pada masa yang sama, umat Islam serata dunia menyambut ketibaan bulan Rejab – satu peringatan bahawa Syabaan bakal menjelma dan Ramadan akan tiba tidak lama lagi.

Bagaimana usaha anda merealisasi azam yang telah ditanam sebagai petanda membuka lembaran baru tahun baru 2023?

Selain menjadi pemangkin, menanam azam juga boleh mendorong kita untuk berusaha mencapai sasaran dan pada masa yang sama, memupuk motivasi intrinsik.

Akan tetapi, azam juga dikatakan boleh melumpuhkan semangat – apatahlagi ketika ia harus ditunda atau tidak dicapai. Azam itu bak alat, di mana pengguna harus dilatih, supaya ia boleh mendatangkan manfaat.

Tambahan itu, azam setiap individu lazimnya peribadi dan berkisar sekitar kerjaya, keluarga, dan lain-lain.

Namun bagaimana pula azam yang dikongsi bersama? Seperti azam sesebuah persatuan serta azam sesebuah masyarakat secara keseluruhan?

 

AZAM ILTIZAM ALAKAZAM

Sebilangan pengkaji berkata, azam tahun baru harus ditanam sekurang-kurang suku ketiga tahun sebelumnya.

Justeru, hujung tahun lalu 2022, PPIS telah mencorak visi baru kami: ‘Masyarakat Wanita Berjaya dan Keluarga Berkembang Maju’ sejajar dengan visi masyarakat maju yang sedang kita semua bertungkus-lumus untuk membina bersama.

Visi terkini ini mendorong keluarga besar PPIS untuk menanam azam dan menyemai iltizam supaya bergerak sebagai SatuPPIS dan memastikan setiap inisiatif, khidmat, dan program yang kami tawarkan berpandu dan menuju visi yang dikongsi ini.

Tahun lalu, PPIS membuka pintu rumah peralihan sekular khusus untuk kaum wanita yang pertama di Singapura – sebahagian usaha memperluaskan khidmat kami untuk terus mendokong wanita menangani cabaran.

Sejajar dengan visi masyarakat wanita berjaya, kami berazam untuk memastikan setiap wanita di bawah naungan rumah peralihan Rise Above terdorong untuk menanam azam sendiri. Untuk memanfaatkan peluang mencorak kehidupan baru dengan kemahiran, pekerjaan dan peluang untuk menjalin semula hubungan dengan keluarga.

Begitu juga di pusat-pusat keluarga kami yang lain.

Kami berkongsi azam dengan setiap wanita dan keluarga yang mengunjungi pusat-pusat kami untuk mendapat sokongan supaya dapat sama-sama melayari kehidupan baru yang akan mempertingkatkan mutu kehidupan mereka di masa depan.

Di pusat penjagaan pelajar PPIS pula, kami menitikberatkan cita-cita pelajar yang menghabiskan masa di pusat kami selepas waktu sekolah rasmi tamat.

Lebih daripada mempunyai ruang yang selesa untuk melakukan kerja-kerja sekolah, kami tawarkan program peningkatan dan aktiviti riadah supaya pelajar-pelajar kami mendapat peluang yang sama seperti rakan-rakan lain di sekolah dan tidak ketinggalan.

Azam kami ialah agar para pelajar di pusat penjagaan kami menanam azam masing-masing untuk menjalani kehidupan dengan sekitaran positif dan menyumbang semula kepada masyarakat pada masa hadapan ketika dewasa kelak.

 

JANGAN BIAR TANGKI KETANDUSAN

Dalam pada itu, apakah agaknya azam seorang wanita yang berjaya? Pasti ia tergantung kepada istilah kejayaan yang lazimnya serupa tetapi tidak sama bagi setiap wanita.

Di PPIS, kami percaya wanita yang berjaya adalah seorang yang telah melakukan yang terbaik dan sentiasa gigih untuk menjadi versi terbaik dirinya sendiri tidak kira dalam sfera mahupun bidang yang diceburi, sama ada kerjaya, rumah tangga, peribadi, atau masyarakat amnya.

Pokoknya, puncak kejayaan atau piawai yang dikatan terbaik berbeza dan tidak tertakluk kepada ketinggian dari atas darat sahaja. Tapak permulaan harus diambil kira. Meskipun kita semua berlumba bersama-sama, garis mula setiap peserta mungkin berbeza.

Antara lain, faktor yang harus dipertimbangkan ketika menentukan puncak termasuk erti kejayaan yang dikaitkan dengan kebahagiaan serta kepuasan hati – kesemuanya menyumbang kepada dan meninggalkan kesan terhadap kesihatan mental seseorang.

Salah satu lagi fenomena yang terbit dalam dunia pasca Covid-19 ialah ketagihan untuk memadatkan jadual supaya tidak rasa seperti “membuang masa”.

Azam memerlukan masa. Iltizam memerlukan masa. Kecemerlangan juga memerlukan masa.

Dewasa ini, dunia digegarkan dengan pengumuman persaraan mantan Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern atas sebab genting lagi telus – “isi tangkinya tidak mencukupi”.

Reaksi terhadap berita persaraan beliau rata-ratanya menerbitkan keprihatinan terhadap istilah kejayaan dan juga kegagalan.

Dan seperti yang dijangka, ramai bukan sahaja memahami apa yang beliau maksudkan dengan “isi tangki tidak mencukupi” malah akur, berada dalam situasi yang sama.

Justeru, sedang kita mengejar kuantiti, sanggupkah kita mengorbankan kualiti?

 

TANAM AZAM SAMPAI BERBUNGA

Istilah masa mencemburui kita terasa seperti semakin ketara tatkala seluruh dunia memerangi wabak.

Covid-19 seperti mempercepatkan kitaran waktu – sekelip mata, hampir tiga tahun telah berlalu.

Ada kajian yang menunjukkan ramai berasa sedemikian kerana aktiviti terhad menyekat pembentukan memori baru, yakni asas yang mencorak hubungan setiap individu dengan konsep masa atau waktu.

Meskipun setiap orang mempunyai 24 jam sehari, impak setiap detik tertakluk kepada pengguna.

Masa itu emas dan azam memerlukan masa. Sudah tiba waktunya kita semua meluangkan masa untuk mencatur dan mengatur jadual supaya azam yang kita tanam, sendiri mahupun bersama, mekar berkembang.



sekolahtoto

depo 5k

sekolahtoto

Fitur dan layanan dari Situs toto togel yang terdaftar di bawah sekolahtoto menawarkan berbagai pilihan permainan yang menarik

TOGEL RESMI menawarkan layanan situs toto deposit 5000 terbaru dengan filing prediksi toto togel online terbaik kemenangan tinggi

sekolahtoto merupakan situs gaming provider lengkap terbaik yang dimainkan secara online.

sekolahtoto sebagai situs togel ruang bermain penuh keseruan bagi pemain yang sedan menikmati permainan togel online.

sekolahtoto merupakan situs pemersatu bangsa yang menyatukan pemain togel online.

sekolahtoto sebagai tempat hiburan toto slot online resmi.

menyediakan pasaran-pasaran toto togel yang dapat dijangkau secara international.

Para bettor online yang bergabung dengan Sekolahtoto mendapatkan keuntungan unik dari situs togel dan slot gacor deposit 5000 terbaik ini.

sekolahtoto merupakan tempat permainan togel online yang resmi di Indonesia.

sekolahtoto yang merupakan situs togel yang memiliki prasmanan togel online terpercaya berisikan pasaran-pasaran populer.

sekolahtoto sebagai link bandar togel yang paling rapi & menyuguhkan berbagai full bonus menggiurkan.

pilihan terbaik situs slot resmi yang menyediakan bet 100 perak di semua permainan slot online.

Pada tahun 2025, bo togel SEKOLAHTOTO menjadi pilihan tepat untuk kamu yang sedang mencari bo togel online terbesar dan terpercaya di Asia.

pilihan terbaik slot deposit 5000 yang menyediakan bet 100 perak di semua permainan slot online.

pilihan terbaik situs deposit 5000 yang menyediakan bet 100 perak di semua permainan slot online.

pilihan terbaik slot depo 5k yang menyediakan bet 100 perak di semua permainan slot online.

SEKOLAHTOTO adalah akses login situs toto terbaik di Indonesia yang mencari pengalaman bermain dengan bonus terbesar paling beda!.

10 situs togel terpercaya adalah daftar situs terbaik di Sekolahtoto yang merupakan penyedia situs togel dan bo togel yang secara resmi di asia.