Home > News & Media > Presiden Halimah gembira ramai kunjungi Rumah Terbuka Istana
Home > News & Media > Presiden Halimah gembira ramai kunjungi Rumah Terbuka Istana
This article was originally published by Berita Harian on 8 May, 2022.
ISTANA menyambut kehadiran pengunjung semasa rumah terbukanya sempena sambutan Hari Pekerja dan Hari Raya Aidilfitri, semalam.
Ini merupakan kali pertama Istana dibuka kepada orang ramai sejak pandemik Covid-19, menyusuli pelonggaran lanjut langkah-langkah Covid-19 yang diumumkan baru-baru ini.
Presiden Halimah Yacob serta suami, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee, turut hadir untuk memeriahkan lagi acara tersebut sambil bertemu pengunjung yang berada di sana.
Di samping itu, Puan Halimah juga berinteraksi dengan pelajar dari prasekolah dan pusat jagaan pelajar Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) dan Briged Ambulans St John serta sukarelawan Singtel.
Menerusi satu catatan Facebook semalam, Puan Halimah berkata beliau gembira bertemu ramai pengunjung di Rumah Terbuka Hari Pekerja – Hari Raya Puasa Istana.
“Saya gembira melihat kehadiran orang ramai di Istana, dan melihat ramai keluarga yang berseronok menerokai pekarangan dan Bangunan Utama.
“Saya bertemu dengan penerima bantuan PPIS dan keluarga mereka, serta kakitangan PPIS. Ramai daripada mereka berkongsi bahawa ini merupakan lawatan pertama mereka ke Istana dan mereka teruja untuk berada di sini.
“Saya juga berinteraksi dengan sukarelawan dari Acara Relawan Cabaran Presiden (PCVD) dan berterima kasih kepada mereka atas segala sumbangan mereka,” kata beliau.