Home > News & Media > Beri sinar harapan kepada anak-anak, ibu bapa yang bekerja
Beri sinar harapan kepada anak-anak, ibu bapa yang bekerja
Last Update on July 27, 2021
This story was originally published in Berita Harian on Apr 13, 2021.
SEPERTI kanak-kanak lain, Nur (bukan mana sebenar) juga mempunyai impian – mendapat pendidikan yang wajar dan bersedia melangkah ke alam persekolahan rendah apabila tiba masanya.
Namun, kesukaran yang dialami keluarganya hampir menjadi penghalang bagi dirinya hadir di pra- sekolah.
Nur, yang kini berusia 6 tahun, lewat mendaftar ke prasekolah kerana Covid-19 yang menjejas kehidupan keluarganya.
Bapanya yang merupakan pencari nafkah utama keluarga diberhentikan kerja ekoran pandemik Covid-19.
Demi menyara keluarganya, beliau terpaksa melakukan dua pekerjaan sementara ibunya mendapat semula kerja.
Mereka sekeluarga juga berpindah ke kejiranan lain dan dari situlah ibu bapa Nur mendapat tahu akan khidmat penjagaan kanak-kanak di Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS).
Mereka mendaftarkan Nur dan dua anak yang lain di pusat pra-sekolah PPIS.
Demi memenuhi keperluan keluarga, ibu bapa Nur bekerja keras.
Mereka ingin memastikan pendidikan anak-anak dilaksanakan dengan berkesan.
PPIS kagum dengan semangat daya tahan dan ketabahan mereka dalam mengukir masa depan keluarga yang lebih cerah.
Bagi keluarga sedemikian PPIS akan terus menghulurkan bantuan dan sokongan yang diperlukan Nur dan adik-beradiknya.
Mujurlah, terdapat sumbangan dana yang dihulurkan kepada PPIS yang membolehkan Nur dan adik- beradiknya dapat belajar dan bermain bersama rakan yang lain sementara ibu bapa mereka bekerja dengan tenang.
Ibunya juga berjaya mendapatkan pekerjaan tetap. Lebih penting lagi, mereka mendapat akses yang saksama kepada pendidikan prasekolah yang bermutu, dan dapat memperkasa diri demi mencapai potensi mereka.
PPIS bertujuan membantu wanita dan keluarga mereka dalam setiap fasa kehidupan, dan ini termasuk memberi sokongan kepada anak-anak mereka.
Melalui perkhidmatan kanak-kanak dan keluarga, PPIS menyediakan ruang selamat untuk anak-anak seperti Nur dan adik-beradiknya untuk memperkasa diri dan memenuhi potensi mereka.
Dengan 16 pusat di Singapura, perkhidmatan PPIS berusaha memberikan sokongan bermutu dan menyeluruh, serta program pembangunan untuk keluarga yang memerlukan.
Sempena Ramadan tahun ini, PPIS mengharapkan bantuan anda agar menyumbang kepada dana Projek Ihsan Ramadan PPIS untuk memperbaiki kehidupan keluarga kurang bernasib baik.
Derma daripada kempen tahunan Projek Ihsan Ramadan PPIS akan disalurkan kepada penerima bantuan, khususnya wanita dan kanak-kanak, menerusi program, subsidi dan bantuan kewangan kendalian PPIS.
Di sebalik kegelapan, pasti ada sinar harapan. Dengan derma anda, anda boleh menjadi cahaya dalam kehidupan mereka.