8,000 pengunjung lawat Rumah Terbuka Istana sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Buruh

Home > News & Media > 8,000 pengunjung lawat Rumah Terbuka Istana sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Buruh

8,000 pengunjung lawat Rumah Terbuka Istana sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Buruh

Last Update on May 13, 2022

whatsapp_image_2022-05-07_at_1.53.38_pm

This article was originally published by Berita Mediacorp on 7 May, 2022.

 

SINGAPURA: Pekarangan Istana dibuka kepada orang ramai hari ini (7 Mei) sempena Hari Raya Aidilfitri dan Hari Buruh.

Permohonan tiket masuk tidak lagi diperlukan.

Ini menyusuli pelonggaran lanjut langkah-langkah COVID-19

Seawal pukul 9.30 pagi, orang ramai sudah mula beratur untuk membeli pas masuk untuk melawat bangunan utama Istana yang kembali dibuka kepada umum.

Meskipun acara-acara rumah terbuka disambung semula pada Ogos lalu, para pengunjung hanya dapat melawat taman-taman di sekitar pekarangan Istana.

Presiden Halimah Yacob dan suaminya, Encik Mohamad Abdullah Alhabshee menyambut kunjungan orang ramai di pekarangan Istana dan Taman Inklusif.

(Gambar: MCI)

Beberapa pengunjung yang ditemui BERITAmediacorp ghairah dapat melawat Istana pada Hari Raya ini.

“Gembira sekali, sebab hari ini pun hari ulang tahun perkahwinan saya yang ke-50, jadi gembira sangatlah,” kata Cik Sahedah Mohd Sidek, 71 tahun.

“Saya rasa berbesar hati dapat dijemput ke sini untuk melihat Istana sebab sudah lama tidak keluar kan, jadi gembiralah dapat tunjuk kepada anak perasaan atau suasana di Istana pada Hari Raya juga,” kata Ariff Masjury, yang merupakan salah seorang tetamu undangan istimewa ke Istana.

Selain ribuan pengunjung yang hadir, Puan Halimah juga menyambut kedatangan tetamu undangan istimewa dari pusat prasekolah dan pusat jagaan kanak-kanak Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS).

(Gambar: MCI)
Sumber : BERITA Mediacorp/ha