Acara itu turut dihadiri Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, bersama kakitangan serta pihak pengurusan PPIS.
“Acara ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan menyokong usaha kami dalam memperkasakan wanita dan keluarga. Kami ingin menyediakan platform bagi masyarakat untuk menyertai misi kami, khususnya dalam menyokong wanita yang berdepan pelbagai cabaran hidup.
“Ia unik kerana ia menanamkan semangat kehidupan menyumbang — untuk wanita memberi impak kepada wanita lain, kanak-kanak, dan keluarga,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PPIS Cik Aidaroyani Adam.
PESERTA BOLEH SERTAI PADA BILA-BILA MASA
Kempen ‘Walk With Women’ menawarkan fleksibiliti kepada para peserta untuk berjalan sejauh lima kilometer mengikut tempo dan lokasi pilihan mereka, sama ada di Singapura atau di luar negara.
Peserta boleh menghubungkan profil mereka ke aplikasi Strava atau menghantar kemajuan mereka secara manual untuk merekodkan jarak yang ditempuh.
Sumbangan minimum sebanyak S$50 melayakkan peserta untuk menyertai kempen ini, di mana mereka juga akan menerima barangan edisi khas sebagai tanda penghargaan.
RAHAYU MAHZAM PENAUNG BAHARU PPIS
Cik Rahayu Mahzam telah diumumkan sebagai penaung baharu PPIS.