Mantan timbalan CEO Mendaki Aidaroyani Adam dilantik CEO PPIS

Home > News & Media > Mantan timbalan CEO Mendaki Aidaroyani Adam dilantik CEO PPIS

Mantan timbalan CEO Mendaki Aidaroyani Adam dilantik CEO PPIS

Last Update on May 3, 2024

Cik Aidaroyani Adam (kanan) dan Cik Tuminah Sapawi (kiri) – Foto PPIS

3 May 2024

Mantan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Mendaki, Cik Aidaroyani Adam kini memimpin Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS).

PPIS, dalam kenyataannya pada 3 Mei, mengumumkan Cik Aidaroyani, 50 tahun, dilantik sebagai bakal Ketua Pegawai Eksekutif pada 2 Mei. Beliau akan mengambil alih jawatan itu sepenuhnya dalam ‘bulan-bulan akan datang’.

Beliau mengambil alih jawatan itu daripada Cik Tuminah Sapawi yang menyertai PPIS pada Julai 2019.

Berita Harian, pada 19 April mengumumkan Cik Aidaroyani meninggalkan jawatannya di Mendaki pada 1 Mei.

Dalam kenyataannya pada 3 Mei, PPIS berkata Cik Tuminah akan memastikan peralihan kepimpinan yang lancar dan menyerahkan tanggungjawab  beliau secara berkesan kepada Cik Aidaroyani dalam bulan-bulan akan datang.

“Di bawah kepimpinan beliau, PPIS secara berkesan mengharungi pandemik Covid-19 untuk memastikan khidmat kami tidak terganggu dan terus boleh digunakan oleh benefisiari kami,” kata PPIS dalam kenyataannya.