Masagos: Lengkapi kemahiran baru sedang ekon pesat berubah

Home > News & Media > Masagos: Lengkapi kemahiran baru sedang ekon pesat berubah

Masagos: Lengkapi kemahiran baru sedang ekon pesat berubah

Last Update on October 18, 2023

This article was originally published by Berita Harian on 24 May, 2022.

MASYARAKAT Melayu perlu menggarap kemahiran-kemahiran baru untuk bergerak maju ke depan dengan menyesuaikan diri dalam situasi pekerjaan ekonomi yang sedang berubah pesat.

Kekurangan kemahiran atau kemahiran yang tidak relevan juga merupakan antara perkara penting yang perlu diambil berat oleh masyarakat.

Ini adalah untuk membawa masyarakat kepada kemampuan diri untuk mendapat pekerjaan, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Beliau turut mengajak kaunselor, pekerja sosial dan badan-badan Melayu/Islam untuk membantu mencari jalan mengubah pemikiran masyarakat supaya meningkatkan kemahiran yang sesuai bagi menghadapi keperluan masa yang berubah.

Beliau berkata demikian ketika merumuskan sesi dialog anjuran Berita Harian dengan beberapa pekerja sosial Melayu/Islam semalam.

“Melihat ke depan, apakah kemahiran-kemahiran yang perlu dicapai supaya kita terus dapat pekerjaan yang terbaik yang bergaji lumayan dan memadai dengan kemahiran kita?

“Apakah masalah-masalah baru yang perlu kita perhatikan, dan kalau kita tidak perhatikan akan menjadi masalah lebih besar – umpamanya kurang kemahiran, kemahiran yang tidak sesuai dengan apa yang diperlukan oleh ekonomi yang drastik berubah?

“Bagaimana kita melihat kebolehan masyarakat kita menggabungkan kemahiran yang berbeza, umpanya kemahiran kewangan dan teknologi maklumat?

“Ini yang saya khuatir, bergerak ke depan, masyarakat kita akan ketinggalan jika kita tidak faham bagaimana suasana atau situasi pekerjaan ekonomi sedang berubah dengan pesat sekali,” ujar Encik Masagos.

Beliau turut menyeru agar pekerja sosial dapat membantu mencari jalan memperkasa masyarakat dengan “menambah nilai kemahiran yang kita ada dan mengubah pemikiran dan paradigma kita daripada memiliki kemahiran untuk mendapat kerja kepada kemahiran untuk maju dalam pekerjaan atau kerjaya”.

Encik Masagos dan Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Mohd Fahmi Aliman telah mengadakan sesi dialog bersama 12 pekerja sosial dan kaunselor semalam.

Mereka terdiri daripada: Encik Md Hanapi Kassim dan Encik Syahrin Mohd Salleh, kedua-duanya kaunselor dari Pusat Khidmat Penjagaan Berterusan bagi Pesalah dan Keluarga (Fitrah); Encik Aidil Ahmad Mohammad, penolong kaunselor kanan, PPIS (PPIS); Cik Aquila Deanna Zulkifli, pekerja sosial, PPIS Oasis Centre for Fostering; Encik Md Naseef Khamis, pekerja sosial kanan, Inspirasi PPIS; Encik Izwan Abdol Jalil dan Cik Wan Nazurah Mohd Zainuddin, kedua-duanya kaunselor dan pengurus kes, unit Pelita Majlis Ugama Islam Singapura (Muis); Cik Murni Abbas, kaunselor kanan perkahwinan, APKIM Resources; Cik Siti Adilah Abu Bakar, kaunselor APKIM Resources; Cik Ummi Farwah Rahim, pekerja sosial, Khidmat Keluarga Thye Hua Kwan Moral Charities (THKMC); Cik Siti Omairah Amrhan, kaunselor sekolah dan pekerja sosial berdaftar; serta Cik Zulayqha Zulkifli, pekerja sosial, Pusat Khidmat Keluarga Yayasan Kelab Rotary Singapura.

Dialog selama dua jam yang diadakan di bangunan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) di 140 Hill Street itu bertujuan membuka ruang bagi pekerja sosial mengemukakan keprihatinan mereka.

Antara isu yang timbul termasuk kepentingan memberi bantuan kepada keluarga yang memerlukan bantuan secara ‘upstream’, dan cabaran yang dihadapi pekerja sosial dengan beban kes yang tinggi.

“Bak orang yang nak belajar memandu, dia tidak terus naik kereta, dia perlu mengambil kursus dulu, ada pembimbing dan sebagainya.

“Jadi harapannya kita dapat mengenal pasti keluarga-keluarga yang ada masalah dari awal lagi, agar nanti di bahagian hiliran, lebih mudah menyelesaikan masalah itu,” kata Encik Masagos.

Sementara itu, Encik Fahmi dalam rumusannya bersetuju dengan cadangan mewujudkan rangkaian pekerja sosial.

“Pengalaman dan kekuatan pekerja sosial dapat membantu (sukarelawan M³ memahami isu-isu sosial dengan lebih baik).

“Ramai sukarelawan yang baru berjinak-jinak dengan sistem ini… memerlukan banyak bantuan daripada anda semua, jadi saya fikir ini merupakan platform yang baik,” katanya.

Dialog tersebut dikendalikan moderator, Penolong Editor Berita Harian, Encik Mohd Nizam Ismail.

“Melihat ke depan, apakah kemahiran-kemahiran yang perlu dicapai supaya kita terus dapat pekerjaan yang terbaik yang bergaji lumayan dan memadai dengan kemahiran kita?”

– Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

 

 

 

 



sekolahtoto

depo 5k

sekolahtoto

Fitur dan layanan dari Situs toto togel yang terdaftar di bawah sekolahtoto menawarkan berbagai pilihan permainan yang menarik

TOGEL RESMI menawarkan layanan situs toto deposit 5000 terbaru dengan filing prediksi toto togel online terbaik kemenangan tinggi

sekolahtoto merupakan situs gaming provider lengkap terbaik yang dimainkan secara online.

sekolahtoto sebagai situs togel ruang bermain penuh keseruan bagi pemain yang sedan menikmati permainan togel online.

sekolahtoto merupakan situs pemersatu bangsa yang menyatukan pemain togel online.

sekolahtoto sebagai tempat hiburan toto slot online resmi.

menyediakan pasaran-pasaran toto togel yang dapat dijangkau secara international.

Para bettor online yang bergabung dengan Sekolahtoto mendapatkan keuntungan unik dari situs togel dan slot gacor deposit 5000 terbaik ini.

sekolahtoto merupakan tempat permainan togel online yang resmi di Indonesia.

sekolahtoto yang merupakan situs togel yang memiliki prasmanan togel online terpercaya berisikan pasaran-pasaran populer.

sekolahtoto sebagai link bandar togel yang paling rapi & menyuguhkan berbagai full bonus menggiurkan.

pilihan terbaik situs slot resmi yang menyediakan bet 100 perak di semua permainan slot online.

Pada tahun 2025, bo togel SEKOLAHTOTO menjadi pilihan tepat untuk kamu yang sedang mencari bo togel online terbesar dan terpercaya di Asia.

pilihan terbaik slot deposit 5000 yang menyediakan bet 100 perak di semua permainan slot online.

pilihan terbaik situs deposit 5000 yang menyediakan bet 100 perak di semua permainan slot online.

pilihan terbaik slot depo 5k yang menyediakan bet 100 perak di semua permainan slot online.

SEKOLAHTOTO adalah akses login situs toto terbaik di Indonesia yang mencari pengalaman bermain dengan bonus terbesar paling beda!.

10 situs togel terpercaya adalah daftar situs terbaik di Sekolahtoto yang merupakan penyedia situs togel dan bo togel yang secara resmi di asia.