PPIS, LBKM kerjasama tawar biasiswa possiswazah bagi wanita

Home > News & Media > PPIS, LBKM kerjasama tawar biasiswa possiswazah bagi wanita

PPIS, LBKM kerjasama tawar biasiswa possiswazah bagi wanita

This article was originally published by Berita Harian on 04 May, 2023.

PERSATUAN Pemudi Islam Singapura (PPIS) dan Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) telah meneroka peluang untuk meningkatkan kerjasama dalam menawarkan biasiswa possiswazah khusus bagi wanita dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Stem), gerontologi, pengajian wanita dan kerja kemasyarakatan.

Satu Memorandum Persefahaman (MOU) antara PPIS dan LBKM telah ditandatangani di Wisma Geylang Serai pada Rabu, dengan harapan aspirasi wanita menerusi pengajian lebih tinggi dapat dipertingkatkan.

Di bawah MOU itu, $150,000 telah diperuntukkan bagi biasiswa possiswazah khusus bagi wanita, yang akan ditawarkan selama sedekad dari 2023 hingga 2033.

Biasiswa itu menandakan komitmen bersama kedua-dua pertubuhan dalam menyokong aspirasi wanita dan memupuk generasi pemimpin wanita di masa depan.

Menandatangani MOU itu ialah Presiden PPIS, Cik Hazlina Abdul Halim dan Presiden LBKM, Dr Syed Harun Alhabsyi, disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PPIS, Cik Tuminah Sapawi dan Pengarah Eksekutif LBKM, Encik Muhammad Harmizan Abdul Hamid.

Penerima akan menyumbang masa dalam kegiatan relawan selama 25 jam setiap tahun.

Bagi yang berminat, sila layari lbkm.org.sg untuk maklumat lanjut.