Covid-19: Prasekolah lebih sedia laksana langkah pengurusan selamat

Covid-19: Prasekolah lebih sedia laksana langkah pengurusan selamat

This story was originally published in Berita Harian on May 25, 2021.

PUSAT pendidikan awal kanak-kanak setempat lebih bersedia menguruskan keselamatan dan kesejahteraan murid dalam Fasa Duadipertingkatkan sekarang, setelah terus mengamalkan langkah ketat berikutan tempoh pemutus litar tahun lalu.

Beberapa prasekolah dan tajaka ditinjau berkata ibu bapa juga lebih bekerjasama dan sedar pentingnya mengurangkan risiko Covid-19dengan memastikan anak di rumah, terutama bila sakit.

Namun, sementara mereka lebih bersedia, ada pusat prasekolah mengalami cabaran seperti kekurangan tenaga kerja disebabkan langkahkeselamatan lebih ketat yang harus dilaksanakan.

Berdasarkan garis panduan Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak (ECDA), antara langkah keselamatan dilaksanakan pusat-pusat iniialah tidak membenarkan pihak luar seperti ibu bapa dan guru pengayaan memasuki premis kecuali bagi tujuan operasi atau keselamatan,adangan meja (table shield) diletakkan di setiap kelas dan murid perlu disediakan set mainan peribadi dan disanitasi guru setiap dua hari.

Berkongsi pengalaman sejak Fasa Dua dipertingkatkan berkuat kuasa pada 16 Mei, Pengurus Kanan Kidz Meadow Early ChildhoodCentres, Cik Norliza Amin berkata rangkaian pusatnya kini lebih mudah menguruskan keadaan memandangkan ramai ibu bapa adapengalaman serupa semasa pemutus litar tahun lalu.

Kidz Meadow yang dikendalikan oleh MERCU Learning Point di bawah AMP, mempunyai 10 cawangan tajaka dan tadika, denganhampir 900 murid.

“Beberapa ibu bapa dengan suka rela memastikan anak-anak mereka di rumah untuk mengurangkan sebarang risiko anak dijangkitivirus di luar.

“Lantaran itu, kami menyaksikan jumlah kanak-kanak di sekolah berkurangan lantas membolehkan guru-guru menangani langkahberhati-hati yang perlu dilaksanakan,” ujar beliau sambil menambah kadar kedatangan murid minggu lalu di antara 30 peratus dengan 50peratus.

Menurut Cik Norliza, menyusuli pengalaman pemutus litar tahun lalu, kini pusat-pusat dan kakitangan umumnya lebih bersedia keranakebanyakan langkah jarak selamat sudah berkuat kuasa.

Contohnya, mereka sudah terbiasa dengan rutin memakai pelitup dan pembesar suara tanpa wayar semasa menjalankan kelas.

“Pengetua pusat dan pemimpin sekolah kini lebih dilengkapi untuk menjalankan mesyuarat dan latihan menerusi Zoom dan dalam talian. Mereka juga lebih biasa mengadakan acara pusat, kegiatan dan sambutan dalam kelas masing-masing dan bukan besar-besaran,” jelas Cik Norliza.

Sentimen serupa dikongsi Cik Zulaihabe Talip, Penolong Ketua Operasi, Jaminan Kualiti dan Pembangunan Keupayaan PembangunanPrasekolah, Divisyen Pendidikan Awal Kanak-Kanak PPIS.

Langkah diperketatkan di tujuh prasekolah kendalian PPIS telah dilaksanakan sejurus selepas negara ini memasuki Fasa Duadipertingkatkan, di samping bekerja rapat dengan ibu bapa tentang kesihatan murid, katanya.

“Kami lebih bersedia kali ini disebabkan pengalaman pemutus litar.

“Pengalaman itu membolehkan kami untuk belajar dan pertingkatkan diri dalam menguruskan operasi pusat seperti memperuntukkantenaga kerja dan bahan pembelajaran dari rumah,” terang Cik Zulaihabe.

Tambahnya, kedatangan murid merosot dengan signifikan, terutama bagi kanak-kanak berusia 18 bulan hingga tiga tahun.

Di samping isu kesihatan, salah satu keprihatinan ibu bapa pada masa ini ialah ibu bapa kepada murid K2, yang bimbang jika anak-anakmenerima pendidikan dan sokongan mencukupi dalam persiapkan mereka ke Darjah Satu.

“Bagi memastikan murid terus terima pendidikan bermutu, prasekolah PPIS bersedia untuk menjalankan semula dan menyesuaikanbahan pembelajaran dari rumah bagi ibu bapa yang memilih untuk anak mereka berada di rumah,” jelas Cik Zulaihabe.

Sementara itu, pengarah dan pengasas bersama Ilham Child Care – yang mempunyai dua cawangan dan sejumlah 160 murid, Cik Shahidah Angullia, berkata dengan keselamatan dan kebersihan menjadi keutamaan, pihak pengurusan memperuntukkan sumber dandana untuk peralatan pembersihan dan bekalan.

Kata beliau, sekitar $2,500 hingga $3,000 dibelanjakan untuk bekalan langkah selamat seperti pelindung muka, sarung tangan danpembersihan terperinci.

Menurut Cik Shahidah, walaupun selepas tempoh pemutus litar berakhir, pusat-pusatnya terus beroperasi dengan cara sama danmeneruskan langkah keselamatan.

“Dengan keadaan sekarang, kami perketatkan langkah dan mengambil setapak lagi dengan melaksanakan proses kerja baru dalamsyarikat agar berhati-hati dalam menyekat penularan dan bersedia hadapi pemutus litar kedua.

“Pengalaman pemutus litar lalu membantu kami supaya bersedia secara fizikal dan mental, dalam kami menerima dan menyesuaikan diridengan norma baru,” ujarnya.

Justeru pihaknya menubuhkan antara lain jadual Zoom, proses kerja baru dan jadual Covid-19.

Dalam melaksanakan langkah-langkah selamat lebih ketat, ada pusat yang mengalami cabaran.

Cik Norliza berkata:”Kami turut berdepan beberapa cabaran seperti tenaga kerja kerana guru-guru tidak dibenarkan memasuki kawasan pusat yang terletakdi berlainan blok.”

Jadi kami terpaksa mendapatkan guru-guru untuk bekerja lebih lama bagi memastikan yang kami dapat memenuhi nisbah guru:kanak-kanak seluruh masa semasa ketiadaan guru.”

“Kami lebih bersedia kali ini disebabkan pengalaman pemutus litar. Pengalaman itu membolehkan kami untuk belajar dan pertingkatkandiri dalam menguruskan operasi pusat seperti memperuntukkan tenaga kerja dan bahan pembelajaran dari rumah.”

– Cik Zulaihabe Talip, Penolong Ketua Operasi, Jaminan Kualiti dan Pembangunan Keupayaan Pembangunan Pra-Sekolah, DivisyenPendidikan Awal Kanak-Kanak PPIS.