PPIS, DPPMS jalin kerjasama lancar program bangun keupayaan niaga mikro

PPIS, DPPMS jalin kerjasama lancar program bangun keupayaan niaga mikro

This article was originally published in Berita Harian on Jul 23, 2021.

SATU program berstruktur yang memberi tumpuan terhadap membangunkan keupayaan pemilik perniagaan mikro khususnya wanitayang mempunyai perniagaan dari rumah (HBB) telah dilancarkan.

Program itu yang merupakan usaha kerjasama antara Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) dan Dewan Perniagaan dan PerusahaanMelayu Singapura (DPPMS) bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran selain menyokong usahawan wanita.

Menerusi program itu, peserta akan dapat meraih pengetahuan berstruktur dan set kemahiran berhubung pengurusan perniagaan dalammemastikan perjalanan keusahawanan yang lebih berkesan.

Ini akan dilakukan melalui Program Asas Perniagaan Mikro PPIS (MBFP) yang akan mengajak peserta menyertai siri bengkel agarmereka lebih mahir dalam topik berkaitan perniagaan selain terdedah kepada isu yang menjadi keprihatinan masyarakat perniagaan.

Pada April dan Mei tahun lalu, apabila langkah pemutus litar bagi mengendalikan perniagaan dari rumah timbul, DPPMS berkata lebihdaripada 1,400 peniaga HBB memohon bantuan dengan kebanyakan daripada industri makanan dan minuman.

Selepas sekatan dilonggarkan, DPPMS juga mendapati lebih ramai yang membuka perniagaan dari rumah sedang perniagaan dalamtalian kian menjadi popular.

Presiden DPPMS, Encik Farid Khan berkata beliau rasa terharu melihat semangat keusahawanan yang ditonjolkan meski di tengah-tengah pandemik sekarang.

“Kami mendapati bilangan HBB di Singapura telah meningkat sepanjang tahun lalu.

“Dewan akan sering memastikan peniaga dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran bagi keberkesanan, tidak kira apa jua peringkatyang sedang dialami perniagaan itu,” katanya.

Program MBFP disokong Dana Women-In-Need (WIN) PPIS yang ditubuhkan tahun lalu untuk terus mempertingkat sokongan danbantuan bagi wanita yang keluarga mereka terjejas ekoran pandemik.

Presiden PPIS, Cik Hazlina Abdul Halim berharap MBFP PPIS akan terus memberi rangsangan kepada kaum wanita.

“Kami berharap MBFP PPIS akan menggalak lebih ramai wanita untuk merebut peluang merealisasikan impian keusahawanan merekaatau sebagai cara membantu keluarga mereka dengan lebih baik dan pada masa yang sama menjaga mereka, semuanya daripadakeselesaan rumah mereka sendiri,” katanya.

Untuk mendaftar anda boleh mengunjungi laman: https://www.protegekita.smcci.org.sg/ppis-microbusiness-foundation-programme